OBJEKTIF BAHAGIAN

1. Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang komprehensif kepada orang kurang upaya anggota dewasa untuk mendapatkan pemulihan perubatan serta pemulihan vokasional

2. Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan orang kurang upaya bekerja dan berdikari

3. Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kecacatan menjadi lebih teruk (program rawatan rehabilitasi untuk mencegah kecacatan diperingkat primer dan sekunder)

 

MISI BAHAGIAN

1. Mewujudkan perkhidmatan perubatan dan rehabilitasi yang mantap selaras dengan perkhidmatan lain dalam usaha meningkatkan kesihatan mental dan fizikal pelanggan

2. Memberi perkhidmatan berkualiti dan menunjukkan profesionalisme serta etika kerjaya yang murni dan prihatin selaras dengan masyarakat penyayang

3. Mengambil bahagian dalam menyumbang kesihatan umum melalui proses perubatan kearah individu yang berdikari dari segi fizikal, mental, sosial, pekerjaan dan pembentukan masyarakat yang sihat dan produktif

4. Menjadikan perubatan dan rehabilitasi sebagai satu bidang profesion yang dedikasi, komited dan disiplin serta mempunyai nilai-nilai kerjaya berorientasi wawasan ke arah mewujudkan satu budaya organisasi yang dinamik dan komited

Hak Cipta terpelihara plppbangi@2015 Bahagian Rehabilitasi.
Joomla Templates by Wordpress themes free