PENGENALAN

 

Jurupulih Perubatan (Carakerja) adalah satu kerjaya yang memberi fokus kepada rawatan pemulihan ke atas individu yang mengalami kecacatan anggota, gangguan mental, berpenyakit dan uzur untuk menjalani kehidupan berdikari, produktif dan bermakna.

            

DESKRIPSI TUGAS

1. Menyediakan dan mengendalikan program rawatan yang disesuaikan dengan keperluan pesakit bagi mempertingkatkan keupayaan pesakit  dalam menjalankan aktiviti harian.

2. Mengendalikan penilaian dan mencadangkan pengubahsuaian yang perlu ada kediaman, persekitaran dan tempat berkerja untuk membolehkan pesakit hidup berdikari.

            

3. Memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara/kekal berdasarkan keperluan pesakit.

4. Memberi pendidikan, nasihat serta cara penjagaan yang berkesan dan selamat kepada pesakit, ahli keluarga dan penjaga.
Hak Cipta terpelihara plppbangi@2015 Pemulihan Carakerja.
Joomla Templates by Wordpress themes free