KAUNSELING

Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang bercirikan hubungan mesra klien, empati, bijaksana, menerima tanpa syarat, ikhlas, amanah dan beretika bagi menolong klien yang memerlukan bantuan dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

 

OBJEKTIF 

1. Melatih Pelajar Untuk Berdikari Dan Meningkatkan Keyakinan Diri

2. Mencegah Pelatih Dari Terlibat Dalam Perbuatan Salahlaku Dan  Tidak Berdisiplin

3. Kaunseling Kerjaya :Membantu Pelajar Menentukan Minat Dalam Kerjaya 

 

 

Jenis Kaunseling :

1. Kaunseling Individu
Kaunseling Individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi (pencelaan) dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan diri.

2. Kaunseling Kelompok
Kaunseling Kelompok ialah kaunseling yang melibatkan 5 - 15 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan sebagainya.

Masalah-masalah yang boleh dirujuk

  • Kemurungan
  • Kendiri
  • Percintaan
  • Motivasi
  • Disiplin
  • Bimbingan
  • Gender
  • Tingkahlaku
  • Akademik
  • Perhubungan rakan
  • Hubungan Keibubapaan

 

Hak Cipta terpelihara plppbangi@2015 Bimbingan Kaunseling.
Joomla Templates by Wordpress themes free