VISI

Pusat Kecemerlangan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) keutamaannya kategori fizikal yang berteraskan latihan kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan dan sukan para.

MISI

Mendayaupayakan Orang  Kurang  Upaya (OKU) keutamaannya kategori fizikal ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja.

FALSAFAH

Gabungan teras kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan, sukan para dan pembangunan  insan adalah formulasi utama bagi mendayaupayakan Orang Kurang Upaya (OKU) keutamaannya kategori fizikal supaya berdaya saing dalam pasaran kerja dan produktif kepada Negara.

 

OBJEKTIF PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN BANGI

1. Mengembalikan kemahiran  OKU yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari

2. Mengambil intervensi awal bagi pemulihan untuk mengelakkan tahap kecacatan OKU menjadi bertambah serius.

3. Sebagai tempat lapangan latihan  bagi  siswazah jurusan  perubatan, jurupulih anggota, jurupulih carakerja,  bidang pembuatan alat sokongan seperti prostetik dan ortotik dan kerusi roda .

4. Menjadi Pusat Sumber untuk kajian dalam bidang latihan dan  pemulihan bagi OKU fizikal.

 

 

Hak Cipta terpelihara plppbangi@2015 Visi, Misi dan Objektif.
Joomla Templates by Wordpress themes free