OBJEKTIF BAHAGIAN

A) UNIT PENTADBIRAN AM

1. Unit ini bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbiran am yang merangkumi penyimpanan kod/fail/dokumen

2. Urusan surat keluar masuk/pos/faks, pengendalian kenderaan pejabat, penyelarasan penggunaan dan                   penyewaan kemudahan

3. Penyelarasan permohonan keluar-masuk kuarters, penyelarasan Pusat Sumber dan pengurusan perkhidmatan         kaunter dan telefon

 

B) UNIT SUMBER MANUSIA

1. Unit ini bertanggungjawab dalam pengurusan Sumber Manusia yang merangkumi perancangan dan pengendalian     keperluan perjawatan

2. Pengendalian urusan kenaikan pangkat, penanggungan, pemangkuan serta pengurusan prestasi 

3. Pengendalian pentadbiran HRMIS, hal ehwal tatatertib, perisytiharan harta, penilaian prestasi tahunan 

4. Pengemaskinian laporan perjawatan dan carta organisasi    serta carta fungsi dan Urus setia Panel Pembangunan     Sumber Manusia (PPSM) dan Panel Pergerakan Gaji

 

C) UNIT KEWANGAN DAN PEROLEHAN

1. Mengawal perbelanjaan mengurus dan pembangunan 

2. Menyediakan dan menyelia Akaun Amanah

3. Mengurus pindah/waran peruntukan, penerimaan hasil, penyelenggaraan wang panjar, pendaftaran bil,                 penyelenggaraan buku vot, penyediaan penyata penyesuaian, pembayaran bil, gaji, emolumen serta elaun

4. penyelenggaraan urusan pelupusan dan hapus kira, pemverifikasi stok dan urus setia Jawatankuasa                       sebutharga/tender

 

D) UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT

1. Merancang pembangunan penggunaan sumber teknologi maklumat

2. Melaksana aktiviti berkaitan pengoperasian dan penyelenggaraan perkakasan dan perisian

3. Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal terhadap aduan kerosakan yang melibatkan sistem dan                   perkakasan ICT

4. Memantau sistem dan aplikasi mematuhi tahap kualiti dan standard yang ditetapkan

Hak Cipta terpelihara plppbangi@2015 Bahagian Pentadbiran & Kewangan.
Joomla Templates by Wordpress themes free