SURAU AL-HIDAYAH PLPP BANGI

Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat yang bercirikan mesra OKU semata-mata tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di PLPP Bangi. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.

Sehubungan itu, Surau Al-Hidayah PLPP Bangi telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat bagi memastikan warga PLPP Bangi cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.

 

MATLAMAT

                   

1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan solat berjemaah

2. Melaksanakan program-program penghayatan Islam seperti

   a) Ceramah agama

   b) Ma’al Hijrah

   c) Majlis tahlil dan bacaan Yaasin

   d) Maulidur Rasul

   e) Israk Mikraj

    f) Nisfu Syaa’ban

    g) Semarak ramadhan

    h) Lain-lain aktiviti berkaitan

3. Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran serta Amali Pend. Islam

4. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.

 

OBJEKTIF

1.  Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.

2.  Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik

3.  Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya

4.  Melatih pelajar dengan kepimpinan dan syaksiyyah Islamiah yang unggul

5.   Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu-isu semasa

6.  Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan  pembinaan insan

 

 

Hak Cipta terpelihara plppbangi@2015 Surau.
Joomla Templates by Wordpress themes free